ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera...

Selaras dengan perkembangan globalisasi dan halatuju kecemerlangan pembangunan sektor perniagaan, kami memperkenalkan sistem perniagaan berkonsepkan NETWORKER MY ICE BLENZ bagi membolehkan bakal-bakal usahawan atau sesiapa berminat untuk terus memulakan dan menjalankan perniagaan Ice Blended ini dengan modal dan risiko yang agak minima.

Pendekatan konsep NETWORKER MY ICE BLENZ ini amat senang dijalankan, malah mudah mendapat pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat seperti kanak-kanak, remaja atau dewasa sekalipun asalkan kita pandai memilih lokasi.

Ringkasnya, perniagaan ini hanyalah dengan mengisar ais menggunakan blender micro cutter bersama dengan sedikit air dan produk-produk [tidak perlu tambah gula] keluaran kami seperti :

MY CHOCOLATE [Top Selling]
MY CAPPUCCINO
MY MOCHA
MY LATTE
MY VANILLA
MY VANIBERRY
MY BLUE ICEZ
MY GREEN HONEY
MY STRAWBERRY Fruity
MY MANGO Fruity
MY KIWI Fruity

Kemudiannya diisi kedalam gelas plastik, dihiasi dengan whipped cream untuk kelihatan menarik dan rasa enak berkrim, sedia untuk diminum atau dibawa pulang oleh pelanggan.

VISI DAN MISI

Untuk membuka peluang penyertaan masyarakat di dalam dunia perniagaan Ice Blended berkonsepkan NETWORKER MY ICE BLENZ [Beli dan Bisnes].
Untuk mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda, graduan atau sesiapa juga yang berminat dalam bidang keusahawanan..
Untuk menghasilkan pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup serta sumber ekonomi keluarga.
Untuk membuka minat masyarakat khususnya generasi muda, bidang perniagaan sebagai kerjaya yang mempunyai potensi masa depan yang menjaminkan.
Untuk melahirkan generasi usahawan Bumiputra yang berdaya saing serta mampu mengadaptasikan arus globalisasi perniagaan terkini.

MODUS OPERASI

Perniagaan ini boleh dijalankan oleh :: Anda sendiri yang memohon atau Mengupah pekerja. Anda juga boleh membuka seberapa banyak networker stall [tiada had] berorientasikan modus operasi berikut ::

Mobile Business [Outdoor Biz.] | Perniagaan bergerak [menggunakan kereta atau van] di lokasi-lokasi seperti sekolah, pasar minggu, pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pesta konvo, majlis-majlis, Fun Fair, karnival [Jom Heboh], acara sukan, dan sewaktunya.

Permanent Business [Indoor Biz.] | Statik dilokasi-lokasi atau premis-premis tertentu seperti di restoran, cafe, minimarket, pasaraya, perhentian bas | texi | airport | railway station, tempat rehat lebuhraya dan seumpamanya.